Saturday 11 November 2017

MOHON RESTU ILMU SPM DAN PT3



TARIKH : 6 Oktober 2017
TEMPAT : Dewan Persona SMK Elopura

‘Ku Pohon Restumu Ibu dan Ayah serta Guruku’ … Majlis Solat Hajat & Restu Ilmu khusus untuk calon-calon PT 3 dan SPM tahun 2017 telah diadakan pada 6 Oktober 2017 iaitu pada hari Jumaat jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Bacaan Yasin & acara mohon restu dijalankan secara berasingan kerana peralihan sesi persekolahan kepada dua sesi, manakala solat Hajat dijalankan bersama.

Majlis ini diadakan bertujuan memberi kesadaran kepada murid-murid tentang pentingnya keredhaan guru dan ibu bapa dalam kehidupan seharian seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk memohon restu ilmu dan memohon maaf dari semua guru dan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, Solat Dhuha & Solat Hajat yang dikendalikan oleh Unit Dakwah SMK Elopura. Sebelum acara restu ilmu, pelajar disuntik dengan kata-kata motivasi daripada kaunselor jemputan iaitu En. Saliwangan Bin Hassan dan En. Mohd Zaki Bin Harun.

Majlis Restu Ilmu dimulakan dengan ucapan pengetua, Puan Hajah Kalsom Binti Haji Abdul Aziz disusuli ucapan Yang Dipertua Agung PIBG SMK Elopura, En. Salamun Ali. Sesi bersalam-salaman antara pelajar dengan ibu bapa dan guru-guru berjalan dengan lancar, pihak sekolah menyediakan cenderahati kepada calon PT3 dan SPM. Acara Jaya Waris menjadi acara penutupan yang dikendalikan oleh Unit Kurikulum dengan kerjasama guru kelas dan pembantu guru kelas tingkatan 3 dan 5.










SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI



Tarikh: 15 Julai 2017
Tempat: Dataran Elobest, SMK Elopura Sandakan

Pada 15 Julai 2017 yang lepas, sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung. Sambutan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum dan agama. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Salamun Ali, YDP PIBG SMK Elopura. Beberapa acara telah berlangsung dalam memeriahkan majlis tersebut. Antaranya adalah persembahan nyanyian, anugerah Queen n King serta jamuan kelas yang diadakan di dataran Elobest.







PROGRAM JOM BALIK KAMPUNG



Tarikh: 22 Jun 2017
Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Pada 22 Jun 2017 yang lepas, Program Balik Kampung telah dijalankan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum dan agama. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Salamun Ali, YDP PIBG SMK Elopura. 




MESYUARAT AGUNG TAHUNAN



Tarikh: 25 Februari 2017
Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Pada 25 Februari 2017 yang lepas, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah berlangsung. Pendaftaran ibu bapa dan guru bermula pada pukul 7.00 pagi dan dimulakan dengan Ceramah Ilmu Keibubapaan oleh Dr Jupikely James bin Silip, Pengarah Pusat Pengurusan Ekofarm, Universiti Malaysia Sabah Sandakan.
Pengetua, Pn Hjh Kalsom Hj Abd Aziz turut memberikan taklimat tentang Penetapan Target SPM 2017. Beliau turut memberikan taklimat kepada ibu bapa tentang Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ), Kurikulum Standard Sekolah Menengah ( KSSM ), Pembelajaran abad ke 21, Dual Language Programme ( DLP ), Kumpulan Sokongan Ibu bapa ( KSIB ) dan Inisiatif Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti ( PIBK ).
Pemberian Zakat kepada pelajar terpilih juga turut berlangsung yang disampaikan oleh YDP PIBG, En Salamun bin Ali. Seterusnya, Simbolik Penyerahan Taman Angkat oleh unit Serasi kepada PIBG yang disampaikan oleh Pn Pengetua kepada YDP PIBG.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri oleh 650 orang ibu bapa. Mesyuarat turut dihadiri oleh En Nasir Hj Moksin, Unit Pengurusan Sekolah PPD Sandakan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 diikuti dengan Pemberian Bantuan Kewangan Awal Persekolahan ( BKAP ) di kelas masing-masing.









PESTA ANGPAU




Tarikh: 25 Januari 2017
Tempat: Dataran Elobest, SMK Elopura Sandakan

Pada 25 Januari 2017 yang lepas, sambutan Pesta Angpau telah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sambutan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum dan agama. Majlis ini telah dirasmikan oleh Kapitan Chin Thai Set, Ahli Bersekutu PIBG SMK Elopura. Beberapa acara telah berlangsung dalam memeriahkan majlis tersebut. Antaranya adalah persembahan tarian dan nyanyian, Simbolik Program Garbage Enzime dan  persembahan Tarian Singa daripada Persatuan Olahraga Chin Woo Sabah.