Tuesday 27 February 2018

MESYUARAT AJK KALI KE-1 SESI 2018/2020







Tarikh: 26 Februari 2018
Tempat: Bilik Kurikulum, SMK Elopura Sandakan


Pada 26 Februari 2018 , mesyuarat AJK PIBG kali ke-1 bagi sesi 2018/2020 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 15 ahli telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju tugas dan tanggungjawab PIBG dalam membantu sekolah khususnya kemenjadian murid.

YDP PIBG, Dr Jupikely James Silip, Pensyarah UMS Sandakan turut menderma 16 bibit pokok moringa ( kelor ) sempena mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang disusuli dengan acara menanam pokok moringa ( kelor ) dan Perasmian Lorong PPDa sempena Minggu Anti Dadah SMK Elopura Sandakan Tahun 2018.











Friday 23 February 2018

PESTA ANGPAU TAHUN 2018





Tarikh: 14 Februari 2018
Tempat: Dataran Elobest, SMK Elopura Sandakan

Pada 14 Februari 2018 yang lepas, sambutan Pesta Angpau telah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sambutan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum dan agama. Majlis ini telah dirasmikan oleh Kapitan Chin Thai Set, Ahli Bersekutu PIBG SMK Elopura. Beberapa acara telah berlangsung dalam memeriahkan majlis tersebut. Antaranya adalah persembahan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Sabah dan persembahan nyanyian oleh Kelab Kebudayaan SMK Elopura. Majlis diakhiri dengan persembahan Tarian Singa daripada Persatuan Olahraga Chin Woo Sabah.






Tuesday 20 February 2018

JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2020






Tarikh: 10 Februari 2018
Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan


Pada 10 Februari 2018 yang lepas, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG telah berlangsung. Pendaftaran ibu bapa dan guru bermula pada pukul 7.00 pagi dan dimulakan dengan Majlis Penetapan Target SPM 2018.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh 639 orang ibu bapa. Mesyuarat turut dihadiri oleh En Mazlan bin Mohd Yussuf, Unit Pengurusan Sekolah PPD Sandakan. Perlantikan Jawatan Kuasa PIBG sesi 2018/2020 turut berlansung.

Yang Dipertua                            : Dr Jupikley James Silip
Timbalan Yang Dipertua           : En Mohd bin Hussin
Naib Yang Dipertua                   : Pn Norwaasi Hayati binti Abd Ghani
Setiausaha Kehormat 1             : En Morjani Mokri
Setiausaha Kehormat 2             : Cik Medelinah Henrikus
Bendahari Kehormat                 : Pn Sharina Mustafa

                                             AJK                                                

                                                       1) En Malik Hj Pundrung
                                                       2) En Marjikin Ambolo
                                                       3) En Salamun bin Ali
                                                       4) Pn Paulina Molius Peter Jinimin
                                                       5) En Yusri bin Abu
                                                       6) En Yunus bin Amail
                                                       7) En Isnin bin Sonumujo
                                                       8) En Maris Bin Absal
                                                       9) Basarah Bakar
10) Hasna Yunus
11) Leela Moloyos Sitoun
12) Masniah Atun
13) Roshiana Mangkana
14) Nurullitah Madasila
15) Amirruddin Palaloi
16) Mulyono Hariono
17) Sofian Mansah
18) Abdul Karim Abd Hakim

Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi disusuli dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan Penyerahan Bantuan Awal Murid oleh YB Datuk Juslie Hj Ajirol, Ahli Parlimen Libaran P. 184. Libaran.