Friday 23 February 2018

PESTA ANGPAU TAHUN 2018





Tarikh: 14 Februari 2018
Tempat: Dataran Elobest, SMK Elopura Sandakan

Pada 14 Februari 2018 yang lepas, sambutan Pesta Angpau telah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sambutan ini dijalankan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum dan agama. Majlis ini telah dirasmikan oleh Kapitan Chin Thai Set, Ahli Bersekutu PIBG SMK Elopura. Beberapa acara telah berlangsung dalam memeriahkan majlis tersebut. Antaranya adalah persembahan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Sabah dan persembahan nyanyian oleh Kelab Kebudayaan SMK Elopura. Majlis diakhiri dengan persembahan Tarian Singa daripada Persatuan Olahraga Chin Woo Sabah.






No comments:

Post a Comment